Tuesday, July 5, 2011

CASE STUDY RBW : Humidity

Selasa
5 Julai 2011
4 Syaaban 1432

Pulangnya aku ke kampung halaman, ayah mengajak aku untuk bersama samanya dalam menyelesaikan satu kes RBW milik teman nya. RBW ini sudah berusia hampir 18 bulan namun masih tidak mempunyai hasil. Jadi teman ayah datang dan meminta pendapat ayah untuk menyelesaikan masalah RBW miliknya itu...

RBW ini mempunyai banyak sekali kesan tahi burung di merata rata tempat namun tiada sarang yang dibuat. Aku juga hairan. Ada juga burung masuk tapi taknak buat sarang.. Perkara pertama yang aku buat ialah mengambil data suhu dan kelembapan RBW itu. Ternyata kelembapan dan suhu tidak sesuai bagi burung walet. Bacaan yang diperolehi ialah kelembapan hanyalah 47% dan suhu 32 Celsius yang diambil pada jam 1430HRS.

Aku dan ayah bersependapat bahawa kelembapan dan suhu harus diperbaiki. Kami mencadangkan agar tuan RBW ini memasang humidifier di RBW nya. Cadangan kami diterima dan kami membantu dia untuk pemasangan humidifier itu. Di samping itu juga, kami menyarankan penggunaan aroma bagi RBW tersebut.

Kalau nak di ikutkan, banyak lagi yang tidak sesuai bagi RBW ini. Roving room nya terlalu kecil, berukuran 2.9m x 3.3m. Nasib baik RBW ini satu lantai ajer, so takde masalah dengan void. Suara yang dipasang juga agak kuat dan jumlah tweeter nya juga agak banyak. Dia juga banyak memasang sekatan sekatan yang kami rasakan tidak perlu

Ini merupakan pelan lantai bagi RBW beliau. LMB nya melalui gaya terjun. Jika diperhatikan, banyak sekali sekatan sekatan yang kami rasakan tidak perlu ada...

Gambar LMB...

Antara sekatan sekatan yang ada

Gambar Nesting Plank dan juga aturan pemasangan tweeternya


Gambar najis burung yang terdapat dalam RBW nya

Humidifier yang akan dipasang

Humidifier yang telah dipasang

Pipa 4 inch yang disambungkan pada humidifier

Humidifier yang sedang beroperasi

Lihat akan wap yang dikeluarkan oleh humidifier tersebut

Kami berharap agar dengan pemasangan humidifier ini, masalah RBW pemilik ini akan selesai. Nanti aku update resultnya

Regards,
Zienit